BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday 12 August 2011

Nuzul Quran

Peristiwa Nuzul al-Quran adalah antara perkara penting yang harus diingat dan direnung Muslim kerana bermula dengan peristiwa itu zaman jahiliah (kegelapan) telah disinari cahaya, kesesatan digantikan kebenaran dan umat yang hidup bertuhankan hawa nafsu berubah bertuhankan Allah Yang Esa.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW perlu diingati dengan penuh keinsafan oleh umat Islam. Al-Quran mengandungi lebih 6,000 ayat adalah himpunan wahyu dan kitab panduan terakhir daripada Allah, diturunkan secara beransur-ansur selama 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari. kepada Rasul-Nya, Muhamad supaya menjadi petunjuk kepada seluruh umat.


Waktu penurunan al-Quran adalah mengikut perancangan dan ketentuan Ilahi.

Sesuai dengan kitab itu yang sungguh mulia, Allah juga memilih penghulu segala bulan yang terkenal dengan bulan keampunan, rahmat dan keberkatan iaitu Ramadan untuk menurunkannya. Firman Allah bermaksud:

“Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada pembeza (antara yang hak dan batil).” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Perlu kita ketahui juga, Nabi SAW menerima wahyu daripada Allah SWT dalam pelbagai cara dan keadaan antaranya ialah :

1. Malaikat memasukkan wahyu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW tidak melihat sesuatu pun, hanya berasa ia sudah berada dalam kalbunya.

2. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW berupa lelaki yang berkata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal kata-kata itu.

3. Wahyu datang seperti gemerincingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi SAW. Kadangkala pada keningnya keluar peluh walaupun ketika itu musim sejuk. Ada kalanya, unta yang Baginda tunggangi terpaksa berhenti dan duduk kerana berasa amat berat apabila wahyu itu turun. l Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW dalam rupanya yang asli.

Selain itu, kenapa Allah SWT turunkan al-Quran secara beransur-ansur ? Sudah tentu menpunyai hikmah-hikmahnya tersendiri. Antara hikmah al-Quran diturunkan secara beransur-ansur itu ialah :
  • Lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang tidak akan melaksanakan suruhan dan larangan jika diturunkan sekali gus dengan banyak.
  • Antara ayat itu ada yang nasikh dan mansukh, sesuai dengan permasalahan waktu itu. Ini tidak dilakukan jika al-Quran diturunkan sekali gus. (Ini menurut pendapat yang mengatakan ada nasikh dan mansukh)
  • Turun ayat sesuai dengan peristiwa yang berlaku lebih mengesankan dan berpengaruh di hati.
  • Memudahkan penghafalan. Orang Musyrik bertanya mengapakah al-Quran tidak diturunkan sekali gus seperti disebut dalam al-Quran yang bermaksud: “Mengapakah al-Quran tidak diturunkan kepadanya sekali gus? Dijawab dalam ayat itu sendiri: Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu.” (Surah al-Furqan, ayat 32)
  • Ada antara ayat itu jawapan daripada pertanyaan atau penolakan suatu pendapat atau perbuatan seperti dikatakan Ibnu Abbas. Hal ini tidak dapat terlaksana jika al-Quran diturunkan sekali gus.
dipetik daripada: ibnismail.wordpress.com

Wednesday 27 July 2011

Hebatnya Bulan Ramadan

Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud: "Puasa dan Al-Quran akan memberi syafaat kpd hamba pd hari kiamat kelak. Puasa akan berkata: "Wahai Rabb, aku telah menahannya daripada makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku untuk memberi syafaat kepadanya." Al-Quran pula berkata: "Aku telah mencegahnya daripada tidur pada malam hari, maka perkenanlah aku untuk memberi syafaat kepadanya." Kemudian Baginda bersabda lagi: "Maka kedua-duanya diperkenankan memberi syafaat." (Diriwayatkan oleh Ahmad & Hakim)

Perang Badar: Berlaku pada 17 Ramadan tahun ke2 Hijrah, dan Umat Islam berjaya mencapai kemenangan

Pembukaan Kota Makkah: berlaku pada bulan Ramadan, 8 hijrah 

Berhala-Berhala yang disembah sekian lama di Baitullah dan Kota Makkah dihancurkan pada Bulan Ramadan tahun ke-8 Hijrah

Kerajaan Islam menumbangkan kerajaan Parsi pada bulan Ramadan tahun 15 hijrah

Salahuddin al-Ayyubi mengalahkan Tentera Salib pada Bulan Ramadan tahun 548 Hijrah

Mesir dan Syria menewaskan Israel di Semenanjung Sinai pada Bulan Ramadan 1393 Hijrah    

Sunday 15 May 2011

Dunia Akhir Zaman

Baqarah ayat 30 : 

  Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kpd para malaikat: "Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Lalu malaikat berkata: "Adakah Engkau ingin menjadikan di atas muka bumi ini orang-orang yg akan merosakkan bumi dan menumpahkan darah sedangkan kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" 

Tetapi Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
  

PERSOALANNYA, apakah perkara yg dimaksudkan oleh Allah yg tidak diketahui oleh para malaikat?                              

Persoalan tersebut telah dijawab dalam ayat-ayat yang seterusnya
 

Allah telah mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, setelah Nabi Adam mengetahui semua nama-nama tersebut, maka bersujudlah semua malaikat tanda penghormatan kpd manusia kecuali Iblis, kerana dia sombong dan merasakan bahawa manusia tetap akan melakukan kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah walaupun sudah diajarkan mengenai nama-nama oleh Allah kerana itu dia enggan sujud dan telah berikrar sehingga hari Qiamat utk membuktikan bahawa manusia tetap akan merosakkan bumi dan menumpahkan darah walaupun telah mengetahui akan nama-nama tersebut.
                         

APAKAH YG DIMAKSUDKAN DENGAN NAMA-NAMA TERSEBUT?

Kerana nama-nama itulah sebenarnya penyelesaiannya kepada setiap kerosakan dan pertumpahan darah yg sedang berlaku kpd umat akhir zaman ini sebagaimana yang telah dijangka oleh para malaikat.
 

MARI KITA LIHAT SEJARAH KETAMADUNAN MANUSIA
Biar saya tunjukkan garis masa zaman pra sejarah yg sering diajarkan kepada kita
 

Kita sering diajarkan bahawa ketamadunan manusia pada mulanya adalah daripada beruk, kemudian berevolusi menjadi manusia. Pada pertengahan proses evolusi manusia, wujudlah zaman-zaman pra-sejarah: Zaman Batu-Zaman Logam-Zaman Gangsa kemudian berevolusi menjadi manusia lengkap dan memasuki zaman moden kini. Kononnya manusia pra-sejarah tidak boleh bercakap, tiada bahasa, malah tidak berpakaian dan hanya tahu makan dan tidur. Tetapi lupakah kita bahawa Nabi Adam ialah manusia pertama yang hidup di muka bumi ini. Adam sudah pandai berkata-kata dalam Bahasa Arab, berpakaian malah Nabi Adam bukanlah seekor beruk. Nabi Ibrahim pula sudah dapat membina Kaabah manakala Nabi Nuh pula sudah pandai membina bahtera yang amat besar, lebih besar daripada mana-mana kapal yang ada hari ini. Adakah mereka orang gua yang hanya tahu makan dan tidur. Pengikut-pengikut Firaun pula telah membina piramid yang begitu besar. Mereka semua hidup dengan bertamadun dan bukannya primitif. Cuma kekufuran sebahagian daripada mereka yang menyebabkan teknologi mereka hancur dalam sekelip mata sahaja sehingga kita menganggap mereka hanya orang gua. Mereka bukanlah sebegitu bodoh malah teknologi mereka lebih canggih daripada kita.
 


ZAMAN BATU TIDAK PERNAH WUJUD!!!!!!!!
ZAMAM LOGAM ADALAH PENIPUAN SEMATA-MATA!!!!!!
ZAMAN GANGSA KARUT!!!!!!!!
 

Jadi, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengetahui sejarah sebenar kita
 

Al-Quran hanaya menggunakan nama para nabi sebagai ukuran masa dalam sejarah
 Contoh: 1) "... di masa kerajaan Sulaiman..." (Baqarah 102)
               2) "...sesudah Musa..." (Baqarah 246)
               3) "...sesudah Nuh..." (Isra' 17)
  Kerana para nabi ini adalah wakil kepada kaum mereka pada tempat, waktu dan ketamadunan yang tertentu dan sejarah terus berjalan dari Nabi Adam sehinggalah ke pengakhiran umat Nabi Muhammad. Apabila nabi yg terakhir telah diutus, ini bermakna sejarah juga sudah sampai ke fasa yg terakhir. Fasa ini amat penting bagi makhluk yg bernama Iblis kerana dia telah berikrar untuk membuktikan bahawa manusia adalah makhluk yang akan merosakkan bumi dan menumpahkan darah sejak awal sejarah manusia lagi.
 


Mengikut hadis, zaman umat Nabi Muhammad dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa. 
 


Masa kenabian itu ada ditengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian
Kemudian beliau (Nabi) diam.

 (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman Bin Basyir dari Hudzaifah)
 


1) Mengikut Rasulullah fasa pertama bagi umatnya adalah ketika baginda masih hidup.
ZAMAN INI SUDAH BERLALU!
2) Kemudian datang pula zaman yang mengikut jejak kenabian. Kita dapat lihat pada zaman ini umat Islam diperintah oleh 4 khulafa' Ar-Rasyidin.
ZAMAN INI JUGA SUDAH BERLALU!
3) Kemudian datang pula zaman kerajaan yang menggigit ( hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka). Pada fasa ini, kerajaan Umayyah, Abassiyah dan Uthmaniah yang berkuasa menggunakan sistem monarki.
ZAMAN INI JUGA TELAH BERLALU!
4) Kemudian datang pula zaman yang dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela.
DAN FASA ITU ADALAH ZAMAN SEKARANG!
5) Kemudian, setelah berlalu fasa yang ke-4, akan datang fasa yang ke-5 dimana dunia kembali diperintah mengikut syariat Islam.
Setelah habis bercerita mengenai 5 fasa tersebut, Rasulullah diam. Diam di sini bermaksud SEJARAH MANUSIA TELAH TAMAT! 


Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yang hidup di fasa ke-4, akan kedatangan satu fitnah. Fitnah terbesar dalam sejarah ketamadunan manusia, iaitu fitnah Dajjal.
 

 Dajjal tidak akan datang semasa fasa yang ke-5 kerana semasa itu kekuasaan telah berada di pihak orang-orang yang beriman. Dajjal juga tidak akan datang selepas fasa ke-5 kerana pada masa itu sejarah manusia sudah tamat.
 

  Hanya fasa ke-4 sahaja peluang untuk Iblis mengumpul pengikutnya seramai mungkin yang akan ke NERAKA! Dan fasa ke-4 itu adalah zaman yang kita berada di dalamnya sekarang Sebelum turunnya Nabi Isa dan Imam Mahdi yang akan memindahkan kita ke fasa yang ke-5 seterusnya mengakhiri sejarah ketamadunan manusia dan mengalahkan usaha Iblis di peringkat terakhir zaman manusia.



Dipetik Daripada BROFAT.BLOGSPOT.COM

Kelebihan Solat Fardhu

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda:

   “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia.
 
   Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: “Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.” 
 Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, 

  Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.   

   Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
 
 Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang  boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.
 
   Tidak sempurna solat seseorang itu jika dia mendengar azan tetapi tidak bersama-sama berjemaah.

  Marilah kita bersama-sama menghidupkan masjid di kawasan perumahan kita.