BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 12 February 2012

Kejatuhan Konstantinople

Kejatuhan Constantinople merujuk kepada penawanan ibu kota Empayar Byzantine oleh Empayar Uthmaniyyah pada hari Selasa, 29 Mei 1453 (Kalendar Julian). Kejadian ini menandakan berakhirnya Empayar Byzantine yang berusia lebih kurang 1,000 tahun itu yang ketika itu sudah berpecah kepada beberapa kerajaan monarki Greek. Kejatuhan Constantinople juga mempercepatkan penghijrahan sarjana-sarjana Greek yang membawa bersama ilmu pengetahuan mereka ke Eropah dan menyemarakkan lagi kebangkitan Renaisans. Selain itu, kejadian ini memainkan peranan penting dalam menstabilkan keadaan politik Empayar Uthmaniyyah dan peluasan empayar ini ke Mediterranean Timur dan Balkan. Tarikh ini adalah salah satu tarikh yang dicadangkan untuk menunjukkan berakhirnya Zaman Pertengahan.


Constantinople atau Byzantium (hari ini Istanbul), dibina oleh Constantine Agung sebagai ibu kota pada tahun 330 AD dan berfungsi sebagai pusat Empayar Byzantine selama berabad-abad lamanya. Dalam lebih kurang 1,100 tahun kewujudan Empayar Byzantine, Constantinople telah diserang banyak kali tetapi hanya dapat ditawan sekali ketika Perang Salib Keempat dalam tahun 1204.





Ibu kota rebutan

Kejatuhan Constantinople kepada tentera salib melahirkan Empayar Latin yang tidak stabil di Constantinople. Empayar Byzantine berpecah kepada beberapa negeri-negeri Greek sepertiNicaeaEpirus dan Trebizond. Negeri-negeri ini bersatu menentang kuasa Latin tetapi bergaduh sesama sendiri merebut takhta Byzantine. Kerajaan Nicaea adalah kerajaan Greek pertama yang menawan kembali Constantinople dari orang Latin pada tahun 1261. Dua abad seterusnya, Empayar Byzantine yang lemah menghadapi ancaman dari orang LatinSerbia,Bulgaria dan Turki Uthmaniyyah.


Jihad untuk menawan Constantinople

Semangat membara umat Islam untuk menguasai Constantinople berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang telah beberapa kali memberikan khabar gembira tentang pembukaan kota ini di tangan umat Islam seperti yang dinyatakan ketika Perang Khandak. Sabda baginda SAW: ”Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”.
Pada awal kurun ke-14M, Empayar Uthmaniyyah telah mengadakan persepakatan bersama Seljuk Rum yang ketika itu berpusat di bandar Konya. Usaha awal dilakukan oleh Sultan Yildrim Beyazid yang berjaya mengepung kota itu pada tahun 1393M. Akan tetapi, usahanya terbantut dengan kedatangan bantuan Eropah dan dalam masa yang sama, tentera Mongoldi bawah pimpinan Timurlane telah menyerang Empayar Uthmaniyyah. Ini memaksa Sultan Beyazid untuk menarik balik tenteranya bagi mempertahankan negara dari serangan Mongol. Dalam perang dengan Mongol yang dikenali Perang Ankara, baginda telah ditawan dan kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1402M. Kejadian itu telah menyebabkan usaha untuk menawan Costantinople terhenti untuk beberapa ketika.


Cubaan Sultan Murad II

Sultan Murad II (1421-1451M) meneruskan usaha untuk menawan Costantinople. Beberapa usaha telah berjaya dibuat untuk mengepung kota itu tetapi dalam masa yang sama berlaku pengkhianatan di pihak umat Islam. Mahajara Byzantine telah mengambil peluang ini untuk memecah belahkan tentera Islam. Usaha Sultan Murad II itu tidak berjaya sampai ke sasarannya sehinggalah di zaman anak beliau, Sultan Muhammad II atau dikenali dengan nama Sultan Muhammad Al-Fatih, sultan ke-7 Empayar Uthmaniyyah.

Persiapan Sultan Muhammad al-Fatih

Sultan Muhammad Al-Fatih telah membuat persediaan rapi untuk menawan Costantinople. Baginda telah mengumpul kira-kira 250,000 tentera yang bersemangat dan cukup latihan. Baginda juga telah membina Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di tebing Selat Bosphorus iaitu di bahagian tersempit antara tebing Asia dan Eropah. Kota ini, mempunyai peranan yang besar dalam usaha mengawal lalu lintas di selat tersebut. Maharaja Byzantine telah berusaha gigih untuk menghalang Sultan Muhammad Al-Fatih daripada membina kota berkenaan tetapi gagal menghalangnya.
Sultan Muhammad Al-Fatih juga mendapat khidmat pakar membina meriam. Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyhur dan terbesar di zaman berkenaan. Baginda juga menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama.
Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjian dengan musuh-musuh yang lain. Antaranya ialah perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Hungary,Venice dan Galata yang berjiran dengan Byzantine.
Dalam pada masa yang sama, Maharaja Byzantine berusaha mendapatkan pertolongan daripada negara-negara Eropah. Baginda memohon pertolongan dari gereja Katholik, sedangkan ketika itu kerajaan Constantinople bermazhab Ortodoks. Demi mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantine bersetuju untuk menukar mazhab untuk menyatukan kedua-dua aliran yang saling bermusuh itu. Baginda berkhutbah di Gereja Aya Sofya menyatakan kesediaan Byzantine tunduk kepada Eropah Barat yang bermazhab Katholik. Hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk Costantinople yang bermazhab Ortodoks.


Serangan

Costantinople dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Selat BhosphoreLaut Marmara Dan Perairan Tanjung Emas yang dihalang pintu masuknya oleh rantai besi raksasa. Ia berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama Kota Costantinople.
Serangan Sultan Muhammad bermula pada 6 April 1453. Baginda dengan bijak menyusun strategi mengepung Constantinople sambil menghalakan Meriam Diraja ke pintu kota. Kapal-kapal laut diletakkan di sekitar perairan yang mengelilingi Costantinople tetapi tidak berjaya memasuki perairan Tanjung Emas disebabkan oleh kehadiran rantai raksasa yang mengawal pintu masuk.


Jatuhnya Constantinople

Tentera Byzantine berusaha keras menghalang tentera Uthmaniyyah daripada merapati pintu-pintu masuk kota mereka. Tetapi serangan strategik tentera Islam telah berjaya mematahkan halangan itu, ditambah pula dengan serangan meriam dari pelbagai sudut.
Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas yang dikawal dengan rantai raksasa. Baginda telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat. Malam itu juga, tentera Uthmaniyyah telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai.
Akhirnya pada 29 Mei, Constanstinople berjaya ditundukkan. Maharaja Constantine XI mati bersama penyokong baginda dari Genoa dan penduduk kota. Muhammad II dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fatih atau di barat sebagai Muhammad si Penakluk.


Kesan peristiwa

Kehilangan Constantinople memberi tamparan hebat kepada kerajaan Kristian barat. Seruan Paus untuk melancarkan perang balas sebagai Perang Salib tidak diendahkan oleh raja-raja Eropah. Ini menyebabkan paus sendiri pergi untuk berperang tetapi kematian awal paus melenyapkan harapan serangan balas.
Muhammad al-Fatih mendapat sebuah kota yang agung walaupun dalam keadaan teruk kerana perang yang berlanjutan. Constantinople membolehkan bangsa Turki mengukuhkan kedudukan mereka di Eropah serta meluaskan wilayah mereka ke Balkan dan Mediterranean.
Selain faedah ketenteraan, kota itu juga memberi faedah ekonomi melalui perdagangan rempah. Bangsa Eropah terus berdagang di Constantinople sehingga abad ke-16 apabila harga yang tinggi memaksa mereka mencari alternatif lain. Bangsa Eropah seperti PortugisSepanyol dan Belanda mula belayar ke India dan Asia untuk mencari bekalan rempah yang lebih murah. Malah, Christopher Columbus juga menjumpai Dunia Baru apabila bangsa Eropah mula memberanikan diri belayar jauh untuk menjalankan perdagangan.

Friday 12 August 2011

Nuzul Quran

Peristiwa Nuzul al-Quran adalah antara perkara penting yang harus diingat dan direnung Muslim kerana bermula dengan peristiwa itu zaman jahiliah (kegelapan) telah disinari cahaya, kesesatan digantikan kebenaran dan umat yang hidup bertuhankan hawa nafsu berubah bertuhankan Allah Yang Esa.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW perlu diingati dengan penuh keinsafan oleh umat Islam. Al-Quran mengandungi lebih 6,000 ayat adalah himpunan wahyu dan kitab panduan terakhir daripada Allah, diturunkan secara beransur-ansur selama 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari. kepada Rasul-Nya, Muhamad supaya menjadi petunjuk kepada seluruh umat.


Waktu penurunan al-Quran adalah mengikut perancangan dan ketentuan Ilahi.

Sesuai dengan kitab itu yang sungguh mulia, Allah juga memilih penghulu segala bulan yang terkenal dengan bulan keampunan, rahmat dan keberkatan iaitu Ramadan untuk menurunkannya. Firman Allah bermaksud:

“Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada pembeza (antara yang hak dan batil).” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Perlu kita ketahui juga, Nabi SAW menerima wahyu daripada Allah SWT dalam pelbagai cara dan keadaan antaranya ialah :

1. Malaikat memasukkan wahyu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW tidak melihat sesuatu pun, hanya berasa ia sudah berada dalam kalbunya.

2. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW berupa lelaki yang berkata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal kata-kata itu.

3. Wahyu datang seperti gemerincingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi SAW. Kadangkala pada keningnya keluar peluh walaupun ketika itu musim sejuk. Ada kalanya, unta yang Baginda tunggangi terpaksa berhenti dan duduk kerana berasa amat berat apabila wahyu itu turun. l Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW dalam rupanya yang asli.

Selain itu, kenapa Allah SWT turunkan al-Quran secara beransur-ansur ? Sudah tentu menpunyai hikmah-hikmahnya tersendiri. Antara hikmah al-Quran diturunkan secara beransur-ansur itu ialah :
  • Lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang tidak akan melaksanakan suruhan dan larangan jika diturunkan sekali gus dengan banyak.
  • Antara ayat itu ada yang nasikh dan mansukh, sesuai dengan permasalahan waktu itu. Ini tidak dilakukan jika al-Quran diturunkan sekali gus. (Ini menurut pendapat yang mengatakan ada nasikh dan mansukh)
  • Turun ayat sesuai dengan peristiwa yang berlaku lebih mengesankan dan berpengaruh di hati.
  • Memudahkan penghafalan. Orang Musyrik bertanya mengapakah al-Quran tidak diturunkan sekali gus seperti disebut dalam al-Quran yang bermaksud: “Mengapakah al-Quran tidak diturunkan kepadanya sekali gus? Dijawab dalam ayat itu sendiri: Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu.” (Surah al-Furqan, ayat 32)
  • Ada antara ayat itu jawapan daripada pertanyaan atau penolakan suatu pendapat atau perbuatan seperti dikatakan Ibnu Abbas. Hal ini tidak dapat terlaksana jika al-Quran diturunkan sekali gus.
dipetik daripada: ibnismail.wordpress.com

Wednesday 27 July 2011

Hebatnya Bulan Ramadan

Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud: "Puasa dan Al-Quran akan memberi syafaat kpd hamba pd hari kiamat kelak. Puasa akan berkata: "Wahai Rabb, aku telah menahannya daripada makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku untuk memberi syafaat kepadanya." Al-Quran pula berkata: "Aku telah mencegahnya daripada tidur pada malam hari, maka perkenanlah aku untuk memberi syafaat kepadanya." Kemudian Baginda bersabda lagi: "Maka kedua-duanya diperkenankan memberi syafaat." (Diriwayatkan oleh Ahmad & Hakim)

Perang Badar: Berlaku pada 17 Ramadan tahun ke2 Hijrah, dan Umat Islam berjaya mencapai kemenangan

Pembukaan Kota Makkah: berlaku pada bulan Ramadan, 8 hijrah 

Berhala-Berhala yang disembah sekian lama di Baitullah dan Kota Makkah dihancurkan pada Bulan Ramadan tahun ke-8 Hijrah

Kerajaan Islam menumbangkan kerajaan Parsi pada bulan Ramadan tahun 15 hijrah

Salahuddin al-Ayyubi mengalahkan Tentera Salib pada Bulan Ramadan tahun 548 Hijrah

Mesir dan Syria menewaskan Israel di Semenanjung Sinai pada Bulan Ramadan 1393 Hijrah    

Sunday 15 May 2011

Dunia Akhir Zaman

Baqarah ayat 30 : 

  Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kpd para malaikat: "Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Lalu malaikat berkata: "Adakah Engkau ingin menjadikan di atas muka bumi ini orang-orang yg akan merosakkan bumi dan menumpahkan darah sedangkan kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" 

Tetapi Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
  

PERSOALANNYA, apakah perkara yg dimaksudkan oleh Allah yg tidak diketahui oleh para malaikat?                              

Persoalan tersebut telah dijawab dalam ayat-ayat yang seterusnya
 

Allah telah mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, setelah Nabi Adam mengetahui semua nama-nama tersebut, maka bersujudlah semua malaikat tanda penghormatan kpd manusia kecuali Iblis, kerana dia sombong dan merasakan bahawa manusia tetap akan melakukan kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah walaupun sudah diajarkan mengenai nama-nama oleh Allah kerana itu dia enggan sujud dan telah berikrar sehingga hari Qiamat utk membuktikan bahawa manusia tetap akan merosakkan bumi dan menumpahkan darah walaupun telah mengetahui akan nama-nama tersebut.
                         

APAKAH YG DIMAKSUDKAN DENGAN NAMA-NAMA TERSEBUT?

Kerana nama-nama itulah sebenarnya penyelesaiannya kepada setiap kerosakan dan pertumpahan darah yg sedang berlaku kpd umat akhir zaman ini sebagaimana yang telah dijangka oleh para malaikat.
 

MARI KITA LIHAT SEJARAH KETAMADUNAN MANUSIA
Biar saya tunjukkan garis masa zaman pra sejarah yg sering diajarkan kepada kita
 

Kita sering diajarkan bahawa ketamadunan manusia pada mulanya adalah daripada beruk, kemudian berevolusi menjadi manusia. Pada pertengahan proses evolusi manusia, wujudlah zaman-zaman pra-sejarah: Zaman Batu-Zaman Logam-Zaman Gangsa kemudian berevolusi menjadi manusia lengkap dan memasuki zaman moden kini. Kononnya manusia pra-sejarah tidak boleh bercakap, tiada bahasa, malah tidak berpakaian dan hanya tahu makan dan tidur. Tetapi lupakah kita bahawa Nabi Adam ialah manusia pertama yang hidup di muka bumi ini. Adam sudah pandai berkata-kata dalam Bahasa Arab, berpakaian malah Nabi Adam bukanlah seekor beruk. Nabi Ibrahim pula sudah dapat membina Kaabah manakala Nabi Nuh pula sudah pandai membina bahtera yang amat besar, lebih besar daripada mana-mana kapal yang ada hari ini. Adakah mereka orang gua yang hanya tahu makan dan tidur. Pengikut-pengikut Firaun pula telah membina piramid yang begitu besar. Mereka semua hidup dengan bertamadun dan bukannya primitif. Cuma kekufuran sebahagian daripada mereka yang menyebabkan teknologi mereka hancur dalam sekelip mata sahaja sehingga kita menganggap mereka hanya orang gua. Mereka bukanlah sebegitu bodoh malah teknologi mereka lebih canggih daripada kita.
 


ZAMAN BATU TIDAK PERNAH WUJUD!!!!!!!!
ZAMAM LOGAM ADALAH PENIPUAN SEMATA-MATA!!!!!!
ZAMAN GANGSA KARUT!!!!!!!!
 

Jadi, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengetahui sejarah sebenar kita
 

Al-Quran hanaya menggunakan nama para nabi sebagai ukuran masa dalam sejarah
 Contoh: 1) "... di masa kerajaan Sulaiman..." (Baqarah 102)
               2) "...sesudah Musa..." (Baqarah 246)
               3) "...sesudah Nuh..." (Isra' 17)
  Kerana para nabi ini adalah wakil kepada kaum mereka pada tempat, waktu dan ketamadunan yang tertentu dan sejarah terus berjalan dari Nabi Adam sehinggalah ke pengakhiran umat Nabi Muhammad. Apabila nabi yg terakhir telah diutus, ini bermakna sejarah juga sudah sampai ke fasa yg terakhir. Fasa ini amat penting bagi makhluk yg bernama Iblis kerana dia telah berikrar untuk membuktikan bahawa manusia adalah makhluk yang akan merosakkan bumi dan menumpahkan darah sejak awal sejarah manusia lagi.
 


Mengikut hadis, zaman umat Nabi Muhammad dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa. 
 


Masa kenabian itu ada ditengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian
Kemudian beliau (Nabi) diam.

 (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman Bin Basyir dari Hudzaifah)
 


1) Mengikut Rasulullah fasa pertama bagi umatnya adalah ketika baginda masih hidup.
ZAMAN INI SUDAH BERLALU!
2) Kemudian datang pula zaman yang mengikut jejak kenabian. Kita dapat lihat pada zaman ini umat Islam diperintah oleh 4 khulafa' Ar-Rasyidin.
ZAMAN INI JUGA SUDAH BERLALU!
3) Kemudian datang pula zaman kerajaan yang menggigit ( hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka). Pada fasa ini, kerajaan Umayyah, Abassiyah dan Uthmaniah yang berkuasa menggunakan sistem monarki.
ZAMAN INI JUGA TELAH BERLALU!
4) Kemudian datang pula zaman yang dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela.
DAN FASA ITU ADALAH ZAMAN SEKARANG!
5) Kemudian, setelah berlalu fasa yang ke-4, akan datang fasa yang ke-5 dimana dunia kembali diperintah mengikut syariat Islam.
Setelah habis bercerita mengenai 5 fasa tersebut, Rasulullah diam. Diam di sini bermaksud SEJARAH MANUSIA TELAH TAMAT! 


Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yang hidup di fasa ke-4, akan kedatangan satu fitnah. Fitnah terbesar dalam sejarah ketamadunan manusia, iaitu fitnah Dajjal.
 

 Dajjal tidak akan datang semasa fasa yang ke-5 kerana semasa itu kekuasaan telah berada di pihak orang-orang yang beriman. Dajjal juga tidak akan datang selepas fasa ke-5 kerana pada masa itu sejarah manusia sudah tamat.
 

  Hanya fasa ke-4 sahaja peluang untuk Iblis mengumpul pengikutnya seramai mungkin yang akan ke NERAKA! Dan fasa ke-4 itu adalah zaman yang kita berada di dalamnya sekarang Sebelum turunnya Nabi Isa dan Imam Mahdi yang akan memindahkan kita ke fasa yang ke-5 seterusnya mengakhiri sejarah ketamadunan manusia dan mengalahkan usaha Iblis di peringkat terakhir zaman manusia.



Dipetik Daripada BROFAT.BLOGSPOT.COM

Kelebihan Solat Fardhu

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda:

   “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia.
 
   Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: “Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.” 
 Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, 

  Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.   

   Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
 
 Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang  boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.
 
   Tidak sempurna solat seseorang itu jika dia mendengar azan tetapi tidak bersama-sama berjemaah.

  Marilah kita bersama-sama menghidupkan masjid di kawasan perumahan kita.