BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 15 May 2011

Kelebihan Solat Fardhu

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda:

   “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia.
 
   Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: “Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.” 
 Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, 

  Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.   

   Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
 
 Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang  boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.
 
   Tidak sempurna solat seseorang itu jika dia mendengar azan tetapi tidak bersama-sama berjemaah.

  Marilah kita bersama-sama menghidupkan masjid di kawasan perumahan kita.   


0 comments: